.

welcome

b'coz sometimes the things u look is not the things u can't see

tanpa sy sedar...



kdg2..tanpa kite sedar..
sepatah perkataan yg lahir dr mulut kite..mguris hati sesetengah pihak..
hanya sepatah kata..kdg2 kite anggap remeh..tp org xanggap ia remeh..
Hidup ni terlalu misteri! Kadang-kadang kita terasa kita tahu sesuatu, tapi kadang-kadang dalam pada kita rasa kita tahu, kita sebenarnya tak tahu apa-apa langsung. Kadang-kadang kita rasa kita tak tahu apa-apa tapi sebenarnya kita sangat tahu. Hanya kadang-kadang kita sengaja buat-buat tak tahu entah atas sebab apa atau entah hati siapa yang hendak kita ambil.Sama macam sebuah ikatan antara anak Adam, tak kira ikatan anak-beranak, suami isteri, kawan-kawan dan semua ikatan yang ada dalam dunia ni. Sekejap-sekejap kita rasa kita dah cukup kenal pada orang-orang yang ada di sekitar kita. Tapi ada masa-masanya kita rasa masih ada yang kita tak sempat kenal. Lalu, kita terus tertanya-tanya sendiri sedangkan jawapan yang kita cari tak juga kita jumpa sebab tak ada pada kita. Kalau pun ada, kita tak sedar sebab kita perlu disedarkan oleh orang lain, orang yang ada di sekeliling kita.Sekejap-sekejap pula kita rasa kita tak kenal sedang yang kita rasa kita tak kenal tu ada begitu dekat dengan kita, begitu hampir dengan kita hingga jarak yang jadi pemisah seperti tak wujud langsung. Kalau pun tak dekat dari segi zahir, mungkin sangat dekat, tapi dekat yang namanya di hati. Hanya perlu pejam mata, cuba selami apa sebetulnya yang ada jauh di dalam sana.


Satu hari yang dah lama berlalu, terlalu lama, barangkali;
“Kenapa duduk kat sini sorang-sorang?”
Dia dongak kepala dengan wajah sugul. Jernih mata mak menggamit genangan air mata. “Mak… saya jatuh…” Perlahan saja nada suara yang keluar dari kerongkong, sedikit tersekat-sekat bunyinya.
Dahi mak berkerut seribu, “Jatuh lagi? Kan mak dah pesan dulu supaya hati-hati,” ujar mak dengan wajah tenangnya.
“Saya lalai, mak sebab tu selalu jatuh...”
Mak senyum panjang, kemudian mendekati dia yang masih tunduk. “Sini sayang… jangan risau sebab mak selalu ada. Setiap kali awak jatuh, mak akan selalu ada untuk bangunkan awak,” ujar mak sambil tangan erat memeluk sekujur tubuh yang kurus kering.

Satu hari yang baru saja berlalu, beberapa saat lalu, barangkali;
“Mak… saya jatuh, lagi…”
Tidak ada balasan kerana dia hanya bercakap sendiri, bukan pada angin yang menyapa, bukan pada udara yang berhembus, bahkan bukan juga kepada insan yang dipanggil mak.
“Kali ni saya rasa lebih sakit dari dulu. Lebih 10 kali ganda sebab badan saya dah besar. Tapi… saya tak mampu cakap pada mak lagi sebab saya malu. Saya ni selalu aje jatuh di tempat yang sama. Macam mak kata, saya selalu tak serik dengan apa yang saya buat. Kenapa yang mak? Kenapa anak mak yang satu ni mesti jatuh di tempat yang sama, walaupun ketika jatuh pertama kali saya dah terasa sakitnya.”
Sunyi! Hanya sunyi semata-mata yang ada.
“Tapi tak apalah mak, saya ikhlas. Saya reda dan saya percaya… kalau niat kita ikhlas ALLAH mesti beri jalan. Cuma saya nak mak tau, saya dah penat… saya dah letih, saya dah lelah. Jadi, saya ambil keputusan untuk diam. Mungkin dah sampai masanya saya jaga diri sendiri supaya tak jatuh lagi, lagi dan lagi di tempat yang sama. Lagipun banyak orang kata, ‘Diam itu lebih baik daripada berkata-kata’. Untuk itu, saya ambil pendekatan diam. Kalau lepas ni mak nampak saya diam, mak jangan susah hati. Diam bukan bererti saya benci dengan apa yang saya lalui, hanya dah sampai masanya saya mencari ruang untuk diri sendiri di sebalik rasa hati yang makin melebar, lepas saya hanya memikirkan orang lain sampai-sampai saya lupa, saya dah lama tak pernah peduli pada diri sendiri sejak bertahun-tahun dulu. Mak tentu faham kan....

0 comments:

Post a Comment