.

welcome

b'coz sometimes the things u look is not the things u can't see

kau.aku.dia.mereka..kita sama


Tawa.senyum.riang.gembira.
.sedih.pilu.tangis.duka.lara.
itulah ruji kehidupan.
ianya tidak seperti yang kita impikan..
tidak seperti yang kita idamkan...
tidak seperti yang kita harapkan..

di mata kita,kita lihat orang lain adalah lebih sempurna..
dan kita yang melihat ni,sentiasa mengidamkan kehidupan orang lain yang pada mata kita ianya adalah kehidupan yang sempurna..
tetapi...
pada hakikatnya..
masing-masing telah diberikan bahagiannya..
tiada yang kurang tiada yang lebih..

ye,dia kaya..
tetapi kekayaan yang dimilikinya tu betul boleh menjaminkan kebahagiaan yang dia impikan ke??

owh,die tidak berharta..
tetapi betulkah dia tidak gembira walaupun tidak berharta??

sejenak aku termenung dan terlintas di benakku..
memikirkan macam-macam agenda kehidupan yang tidak pernah putus menjengah dalam rutinku..
dan terfikir,alangkah bagusnya jika aku mampu menangani segalanya dengan mudah..
mengharapkan kesenangan dalam serba-serbi.. tetapi,bahagiakah yang akan mengakhiri segalanya??

aku-kau-dia-mereka

semua punyai masalah masing-masing...
punyai kesusahan masing-masing..

kau..
lihat aku gembira..
senyuman tidak lekang mengukir bibir...
namun..
tiada siapa yang sedar..
pancaroba yang dilindungi oleh senyuman yang mengukir..

mereka..
lihat dia bertawa riang..
berjenaka tidak henti..
tiada yang tahu..
sebenarnya dia baru bermandikan airmata..

hurm..
semua orang ada masalah masing-masing..
kau.aku.dia.mereka.
kita semua sama sahaja.
hari ni aku yang teresak-esak..
esok mungkin kau atau dia yang akan menangis..
lusa mungkin mereka yang bergenang..
masing-masing sudah ada takdir masing-masing..

oleh itu,
sabar sahaja lalui segalanya..
memikirkan pasal masalah..
ianya tidak pernah ada kesudahan..
buat je yang terbaik dalam hidup ini..
yang penting kita menikmati rahmat hidup yang diberikan..
kesusahan dan masalah itu,biarkan ia bertandang..
tidak perlu terlalu difikirkan...
lambat laun...
ia akan berlalu pergi juga..
hujan tidak semestinya berterusan selamanya...
kerana...
warna-warna pelangi akan menghiasi langit selepas hujan..
begitulah kehidupan kita..
apa yang berlaku,pasti ada hikmah di sebaliknya..


#credit 2 my little sis: marina mazlan

0 comments:

Post a Comment